Wednesday 30 May 2012

DOA BULAN REJAB


Dakwah tidak semestinya dilakukan oleh orang yang sempurna.Jika begitu,tidak ada yang layak berdakwah di dunia ini, kerana siapakah orang yang bersih daripada dosa dan terpelihara daripada kekurangan?


MUHAMMAD FAKIHIN ABDULLAH (11-12)

Sunday 15 April 2012

Tips Khusyuk Dalam Solat & Bila Orang Soleh Bersolat.


1. Sa'id bin Jubair bersolat selama 40 tahun tanpa mengetahui siapa berada di kiri dan kanannya semasa bersolat kerana Ibnu 'Abbas pernah berkata: "Khusyu' di dalam solat adalah jika orang yang melaksanakan solat itu tidak tahu siapa yang berada di sebelah kanan ataupun di sebelah kirinya." ( terlalu asyik solat) Sai'd pernah jatuh pengsan kerana terlalu sedih menangis tatkala membaca Surah al-Furqan ayat 13.

2. Shillah bin Assyam bersolat malam bersama-sama isterinya sampai pagi di malam pertama hari pernikahan mereka. Kita?

3. Muslim Bin Yasar tetap bersolat walaupun tembok masjid roboh tanpa terbatal sikit pun.

4. Umar bin Abdul Aziz pula bersolat dan menangis sampai keluar air mata darah mengikut riwayat al-Auza'i. Menangis hingga jatuh pengsan juga seperti Sa'id bin Jubair tatkala membaca Surah al-Furqan ayat 13. Menangis hingga seisi masjid turut menangis bersama-sama tatkala membaca Surah al-Takwir ayat 12-13 hingga dikatakan seakan-akan dinding masjid bergoncang kerana turut menangis.

4. Hassan al-Basri juga menangis dalam solat dan apabila ditanya Hamzah al-A'ma kenapa menangis, Hassan menjawab, "Anakku, kalau tidak menangis, lalu apa lagi yang harus dilakukan oleh orang yang beriman? Anakku, tangisan itu dapat mendatangkan rahmat. Jika kamu menggunakan seluruh umurmu dengan menangis, maka lakukanlah. Semoga dengan begitu, suatu waktu Allah SWT akan berkenan melihatmu kemudia memberikan rahmatNya kepadamu. Kalau kamu dapat melakukan hal itu, bererti kamu sungguh telah selamat dari api neraka."

Hassan pernah berkata, "Kalau kamu membaca al-Quran kemudian kamu benar-benar percaya kepadanya. Maka, kesedihanmu akan lama, rasa takutmu kepada Allah SWT akan bertambah, dan pasti kamu akan sering menangis di dunia ini."

Note: Carilah khusyukmu dengan memahami bacaan al-Quran dan menghayatinya sungguh-sungguh. InsyaAllah menitis jua air mata degilmu, terkikis juga kerak di hati kerasmu.

---
Allahuakbar





Muhammad Aliff Fauzan -11/12-

Saturday 11 February 2012

Surah Ibrahim


 Janji Allah amatlah benar . Bersyukurlah dengan segla nikmat yang diberi .

Muhammad Shafiq Azamudin -11/12-

Kata-kata Imam Syafie




Orang yang tidak pernah merasai kepahitan meneguk ilmu , hidupnya akan dicengkam kejahilan ; orang yang tersingkir dari pendidikan semasa muda , hidupnya seumpama sekujur jenazah 

Muhammad Shafiq Azanudin -11/12-


Ilmu adalah kemuliaan yang tiada tolok bandingnya , adab adalah harta yang tidak dibimbanginya (kehilangannya) 

Muhammad Shafiq Azmudin -11-12-

Akhlak Islamiah



 
“Bertakwalah kamu kepada Allah dimanapun kamu berada, dan ikutilah kesalahanmu dengan kebaikan niscaya ia dapat menghapuskannya. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji.” HR. Tirmidzi

Sesuatu umat itu kekal selagi akhlaknya kekal , umat juga akan hancur apabila akhlaknya runtuh.



Muhammad Shafiq Azamudin -11/12-

Kata-kata Hukama`








 Tuntutlah ilmu . Ilmu akan mendidikmu semasa kamu kecil , menjadikan kamu pemimipin semasa kamu dewasa , memperbaiki kesilapanmu , menewaskan musuhmu , meluruskan penyelewenganmu serta memperbetulkan niat dan cita-citamu   

Muhammad Shafiq Azamudin -11/12-

Tuesday 7 February 2012



Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini . Akan tetapi kita seharusnye mencuba untuk memperbaiki diri masing- masing dengan menambahkan amal ibadat kita dan mengurangkan dosa yang kite lakukan . Ini kelihatan susa pada penglihatan orang ramai . Hal ini disebabkan mereka mudah berputus asa dan tidak sabar dalam menunggu rahmat yang telah dijanjikan oleh Allah kepada seluruh umat manusia. Selain itu manusia apabila mendapat hidayah dariapada Allah SWT , ibadah yang mereka lakukan tidak istiqamah dan melakukan sekadar untuk menunaikan amalan wajib sahaja tanpa mengendahkan amalan sunat dan fardhu kifayah . KESIMPULANNYA apakah yang perlu kita lakukan demi untuk mencari keredhaan Allah SWT ? Adakah dengan hanya mementingkan hal-hal kedunian sahaja ? FIKIRKANLAH wahai saudara-saudaraku . Insya-Allah kita akan mendapat rahmat Allah
Muhammad Shafiq Azamudin -11/12-

Saturday 28 January 2012

Ku Ingin Mencari Sinar Abadi



Hidupku penuh dengan pelbagai dugaan . Lahir aku kedunia disambut dengan laungan azan dari seorang bapa yang amat mengharapkan anaknya ini menjadi seorang yang berguna .Aku diasuh dengan berbagai ilmu sama ada ilmu dunia atau ilmu akhirat . Sepanjang kedewasaan ku ini tidak pernah ku merasa kesusahan yang dialami ibu bapaku dalam membesarkan aku.
              Setelah aku meningkat remaja keluargaku dilanda dengan pelbagai dugaan dan cabaran . Ayahku tidak lagi seperti dahulu . Tidak lagi selalu ada dirumah , berbual-bual dengan ku ataupun makan bersama-sama ahli keluarga yang lain . Aku menganggap bahawa ayahku ini sibuk mencari nafkah untuk menyempurnakan hidup aku dan adik-beradik aku . Tetapi perkara diluar kotak fikiran ku telah berlaku . Semasa ayahku telah pergi keluar negara atas urusan pekerjaan , aku telah mendapat satu berita bahawa ayahku telah melaksanakan perkahwinan dengan seorang wanita dari indonesia .                                                                Ibuku telah bertanyakan hal itu kepadanya dan bermulalah saat-saat indah dan harmoni dalam keluargaku ditarik satu persatu . Ibu bapaku sering bertikam lidah dan membahaskan perkara ini walaupun di hadapan anak-anak mereka. Kehidupanku selepas itu menjadi semakin rumit. Ibuku telah melarikan diri ke rumah nenekku dengan harapan bahawa ayahku akan berubah. Sementara itu, aku terpaksa tinggal bersama ayahku. Di sinilah aku sedar betapa pentingnya kasih sayang seorang ibu. Ayahku telah berkerja sebagai seorang pegawai keselamatan dan gajinya ialah RM seribu ke atas. Beribu persoalan yang bermain di mindaku. Mengapa aku terasa sangat pedih apabila tinggal bersamanya. Makanku tidak dijaga dengan rapi dan apabila aku meminta wang untuk membeli alatan persekolahan, alasannya ialah tidak mempunyai duit. Dalam hatiku terfikir kemanakah gajinya digunakan?                                                                                                                     Pada suatu hari, sedang aku asyik bermain dengan telefon bimbitnya, aku telah mendapat satu pesanan daripada seorang wanita yang tidakku kenali yang menyatakan bahawa dia ingin bejumpa dengan ayahku di sebuah hotel. Akhirnya, kebenaran telah dapat disingkap. Ayahku  sebenarnya suka bermain perempuan. Ramadhan pada tahun seterusnya memberikan impak besar dalam hidupku. Ayahku tidak pulang ke rumah untuk bersama-sama sahur dan hanya pulang ke rumah pada waktu pagi. Pernah sekali aku terpaksa menahan lapar dan dahaga dengan hanya berbekalkan segelas air kosong. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk tinggal bersama ibuku. Kehidupan bersama ibuku lebih baik berbanding dengan hidup bersama ayahku. Tetapi sesuatu perkara yang membimbangkan aku adalah kesihatan ibuku. Ibuku sering mengadu kepadaku bahawa dia sering mengalami masalah kesihatan ketika bekerja. Hati anak mana yang tidak tersentuh apabila melihat begitu payahnya ibuku ketika bersolat ditambah dengan sakit lutut yang dihadapinya. Dari situlah bermulanya pengembaraan ku mencari hidayah Allah untuk membantu ibuku . Siapakah yang boleh membantuku mencari sinar yang aku harapkan ini ?

Muhammad Shafiq Azamudin - 11/12-

Jujur menuju jalan yang lurus

               Dalam satu riwayat telah disebutkan bahawa Rasullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: " Allah telah membuat perumpamaan berupa sebuah jalan yang lurus. Di kedua-dua sisi jalan itu ada dinding yang ada padanya terdapat beberapa pintu yang terbuka. pada pintu-pintu ini terdapat pula tirai yang dilabuhkan.
         
               Sementara di atas pintu gerbang jalan tersebut ada penyeru yang berkata: 'Wahai manusia, laluilah jalan ini sampai ke hujung dan janganlah kamu membelok-belok (ke kiri dan ke kanan).'

               Sementara itu, ada penyeru lain di atas jalan tersebut yang berkata ketika manusia hendak membuka  salah satu daripada pintu-pintu itu: 'Jangan kamu membukanya, kerana jika kamu membukanya kamu pasti akan terperosok masuk ke dalamnya.'

               'JALAN' bermaksud islam;
               'DINDING' bermaksud hukum-hukum Allah;
               'PINTU-PINTU YANG TERBUKA' bermaksud perkara-perkara yang diharamkan Allah;
               'PENYERU DI ATAS GERBANG ' bermaksud al-Quran;
               'PENYERU DI ATAS JALAN' bermaksud nasihat dari Allah yang ada di dalam hati setiap muslim.

                                                                                                                       (Riwayat Ahmad dan Muslim)


Ahmad Ashbihani bin Mat - 11/12

Friday 27 January 2012

Tembok perpaduan Islam : Saf



Tidak mengambil berat tentang melurus dan memenuhkan saf solat.
Masing-masing sibuk mengejar rakaat, sedangkan Rasulullah saw telah memberi peringatan agar menjaga saf dengan sempurna dalam sabdanya:





  :  لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُم .
Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu atau Allah akan tukarkan wajah-wajah kamu (hati-hati kamu berpecah dan tidak bersatu).” [HR Bukhari].


Sabda Baginda saw lagi:

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاةِ
Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu, kerana saf yang lurus itu di antara tanda kesempurnaan solat.” [HR Bukhari].

Berdasarkan perbincangan  di atas, sama-samalah kita jadikan solat kita seharian penuh dengan kerahmatan daripada Allah swt. dan dapat dilaksanakan berdasarkan kualiti dan bukannya kuantiti.  
Semoga semua amalan baik kita diterima oleh Allah swt.


Muhammad Farid Kamisan - 11/12

Thursday 26 January 2012

Bicara "Hablum Minannas"



Pengalaman seorang teman:

Sebagai seorang manusia, kita sering merasakan perlunya kepada beberapa keperluan untuk meneruskan kehidupan, seperti kejayaan mendapat segulung ijazah, kereta, kerja, rumah dan juga perkahwinan.Tetapi adakah semua mustahil untuk kita capai? Tak mungkin dan tak mungkin sekali. Kebanyakan rakan-rakan kita telah memiliki semua itu. Bahkan orang lain juga. Ada cara senang untuk dapatkannya ada cara yang susah. Apa yang penting ialah tetap dapat.Tetapi adakah kita ada bercita-cita untuk mendapat sebuah masyarakat yang baik? sudah pasti semua orang inginkan kepada sebuah masyarakat yang baik bermula dari ahli dalam rumah hinggalah kepada ketua negara.
Semua ingin begitukan?
Itulah perjuangan yang paling sukar sebenarnya iaitu merubah masyarakat. Bukan untuk mendapatkan segulung ijazah bagi seorang penuntut di universiti atau berjaya ketika peperiksaan itu yang susah. Bukan untuk mendapatkan sebuah kereta itu adalah suatu yang susah.Tetapi apa yang lebih susah adalah selepas mendapat pendidikan di universiti adalah ingin menaburkan jasa kepada masyarakat sehinggalah keadaan masyarakat itu merubah.Biarpun ia tidak mustahil, tetapi tidak semua orang boleh dikatakan berjaya dalam hal ini.Ustaz cara ustaznya. Doktor cara doktornya. Terpulang kepada cara masing-masing untuk merubah masyarakat berdasarkan kepakaran yang ada.
Renung-renungkan dan selamat beramal .


Muhammad Farid Kamisan - 11/12

Apabila minda dibuka, hati mudah menerima


Mengapa Allah menyuruh wanita agar bertudung. Adakah bertudung itu wajib? Atau menutup aurat adalah wajib? Apabila minda dibuka, hati mudah menerima.. :)

Muhammad Farid Kamisan - 11/12

Islam itu indah.



Islam bukanlah agama yang mengongkong kehidupan. Islam adalah agama yang sempurna meliputi semua aspek. Hiburan tidaklah diharamkan selagi tidak melepasi batas2 syarak.


Muhammad Farid Kamisan  - 11/12

Wednesday 25 January 2012

EMPAT NASIHAT RASULULLAH S.A.W


Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Abu Dzar Al-Ghifari :



"Wahai Abu Dzar,
1. Perbaharuilah perahumu, kerana lautan itu sangat dalam;
2. Carilah bekalan yang lengkap, karena perjalanan itu sangat jauh;
3. Kurangilah beban, kerana rintangan itu amatlah sukar diatasi; dan
4. Ikhlaslah dalam beramal, kerana yang menilai baik dan buruk adalah Dzat Yang Maha Melihat."






(1)
Perbaharui perahumu maksudnya perbaikilah niatmu dalam setiap amalan agar engkau memperoleh pahala dan selamat dari siksa Allah s.w.t. Hanya dengan Niat yang ikhlas dapat menghubung setiap perbuatan kita kepada keredhaan Allah. Diserupakannya akhirat dengan lautan yang dalam, perjalanan yang jauh, dan rintangan yang amat sulit untuk diatasi, kerana banyaknya kesulitan dan rintangan yang mesti dilewati untuk sampai kepada kebahagiaan akhirat.

(2)
Bekalan adalah Amal yang soleh, kerana tiada apapun yang diadakan di dunia ini yang mendatangkan manfaat ( sebagai bekal ) kelak di akhirat, selain perbuatan yang tidak melanggar hak orang lain dan bertujuan hanya kepada Allah s.w.t. semata-mata.

(3)
Kurangilah beban, yang bermaksud janganlah mengambil dunia dengan sebanyaknya. Semua hal tentang dunia itu tidak bermanfaat bagimu ( kita ), kecuali hanya akan menjadi beban diakhirat kelak, kerana semua itu akan ditanya (a) dari mana?; (b) bagaimana?; (c) untuk apa?. Ibaratnya, sebiji paku yang kita miliki, kelak akan diminta pertanggung jawaban kita dari mana paku itu kita dapat, bagaimana paku itu kita dapatkan, dan untuk apa paku itu kita pergunakan. Dan itu bererti, semakin banyak kita mengumpul dunia, semakin banyak pula pertanggung jawaban yang harus kita tanggung kelak.

(4)
Ikhlaslah dalam beramal. Dunia ini dihuni oleh sekumpulan makhluk yang tidak sempurna. Yang mempunyai pancaindra yakni penglihatan, melihat jernihnya warna Air laut tampak seperti biru, yang mempunyai pancaindra yakni pendengaran dari suara pada ambang batas frekuensi hanya mulai dari 20 hertz hingga 20.000 hertz sahaja, yang hanya mampu membaca hikmah sebatas ilmu yang dimilikinya sahaja. Haruskah kita mencari penilaian bagi segala amal kita kepada mereka (manusia) yang terbatas? Dan apakah penilaian mereka (manusia) akan menentukan baik-buruknya kita diakhirat kelak?

Anas meriwayatkan bahwa :

"Pada suatu hari Rasulullah keluar rumah, sambil memegang tangan Abu Dzar beliau bersabda : "Wahai Abu Dzar, tahukah engkau bahawa dihadapan kita ada rintangan yang amat sukar untuk diatasi, yang tidak akan mampu untuk melewatinya, kecuali orang yang ringan?" Lantas ada seorang lelaki berkata : "Ya Rasulullah, apakah aku termasuk orang yang ringan atau orang yang berat?" Maka Rasulullah s.a.w bertanya : "Apakah engkau punya makanan untuk sehari?" Lelaki tadi menjawab : "Punya!" Rasulullah lalu bertanya : "Apakah engkau punya makanan untuk esok?" Lelaki itu menjawab : "Punya!" Rasulullah s.a.w bertanya lagi : "Apakah engaku punya makanan untuk lusa?" Lelaki itu menjawab : "Tidak!" Beliau lantas bersabda : "Apabila engkau memiliki makanan buat jatah sampai tiga hari, maka engkau termasuk orang-orang yang berat."

Dari buku Nashaihul Ibad

Setiap harta di dunia ini bukanlah sentiasanya nikmat, kadangkala ia menjadi satu bebanan pada suatu masa di dunia kelak.



Syahmirul Haziq Bin Mohd Hamzani
"Islam itu agama yang sentiasa nasihat-menasihati sesama saudaranya, tidak hairanlah bahawa islam itu agama yang cepat berkembang. Jadi, nasihat-menasihatilah sesama muslim"

Tuesday 24 January 2012

Panduan Imam Al-Ghazali agar kita tidak bersifat sombong dan angkuh...


1- Jika kita terjumpa kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana belum banyak melakukan dosa

2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana sudah lama beribadat

3- Apabila berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui

4- Apabila melihat orang jahil,anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia melakukan kejahatan dalam kejahilan sedangkan kita melakukan kejahatan dalam keadaan mengetahui

5- Apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada dia kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat

6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati, mungkin suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosanya akan diampunkan oleh Allah S.W.T


Muhammad Fakihin Abdullah (11-12)

Dakwah tidak semestinya dilakukan oleh orang yang sempurna.Jika begitu,tidak ada yang layak berdakwah di dunia ini, kerana siapakah orang yang bersih daripada dosa dan terpelihara daripada kekurangan?

10 solat tidak diterima Allah


Solat itu adalah tiang agama, perumpamaan yang disamakan dengan tiang seri sesebuah rumah. Jika tiada tiang seri maka tidaklah lengkap rumah itu dengan tidak memilik bumbung.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W juga telah bersabda bahawa terdapat 10 orang solatnya yang tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh daripada Allah.”

Hassan r.a berkata : “Jika solat kamu itu tidak dapat menahan kamu daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Semoga kita mengambil berat dengan amalan solat kita seharian.
Muhammad Fakihin Abdullah (11-12)


Dakwah tidak semestinya dilakukan oleh orang yang sempurna.Jika begitu,tidak ada yang layak berdakwah di dunia ini, kerana siapakah orang yang bersih daripada dosa dan terpelihara daripada kekurangan?

kawan


❤ Jangan kita sangka kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa
❤ Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji
❤ Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna


Hakikatnya...~
❤ Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga
❤ Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga
❤ Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka
❤ Kawan kita itu bukanlah MALAIKAT
❤ Dia juga MANUSIA
❤ Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama... 

Muhammad Fakihin Abdullah (11-12)

Dakwah tidak semestinya dilakukan oleh orang yang sempurna.Jika begitu,tidak ada yang layak berdakwah di dunia ini, kerana siapakah orang yang bersih daripada dosa dan terpelihara daripada kekurangan?

BUMBUNG PROTEKTIF.


Dalam Al-Qur'an, Tuhan menarik perhatian kita kepada ciri-ciri yang sangat mengagumkan di atas langit;

Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya. (Surah al-Anbiya; 32)

Sifat istimewa langit ini teah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dijalankan pada abad ke 20 ini.

Ruang atmosefera yang mengelilingi bumi sebenarnya menjalankan fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan kehidupan untuk wujud. Ketika memusnahkan meteor-meteor besar dan kecil ketika mendekati bumi, ia menghalangnya dari jatuh ke dalam bumi dan dari membahayakan makhluk hidupan.

Sebagai tambahan, atmosfera menapis sinaran yang datang dari luar angkasa yang sangat membahayakan kepada hidupan. Apa yang menariknya, atmosfera menelap sinaran yang berguna dan berfaedah- cahaya nampak, tak nampak dan gelombang radio - untuk menembusinya. Semua jenis radiasi ini adalah sangat penting kepada kehidupan. Cahaya nampak, yang sebahagiannya dibenarkan menembusi dalam atmosfera adalah sangat diperlukan untuk menjalankan proses fotosintesis dalam tumbuhan yang membantu mengekalkan makhluk hidupan. Kebanyakan sinaran ultra violet dengan keamatan tinggi yang dipancarkan oleh matahari di telap keluar oleh lapisan ozon dalam atmosfera dan hanya membataskan -dan yang paling penting- bahagian kecil dalam spektrom ultra violet untuk mencecah permukaan bumi.

Fungsi protefktif atmosfera tidak berakhir di sini. Atmosfera juga melindungi bumi dari kesan pembekuan dari luar angkasa, dengan suhu lebih kurang -270 darjah centigrade.

Sebenarnya atmosfera tidak bersendirian dalam menjalankan fungsi perlindungan kepada bumi. Sebagai tambahan kepada atmosfera, Jalur Allan Velt, lapisan yang dihasilkan oleh medan magnet bumi, juga berfungsi sebagai perlindungan menentang radiasi yang merbahaya yang mengancam planet kita. Radiasi merbahaya ini, yang secara berterusan dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain berpotensi membawa maut kepada makhluk hidupan. Sekiranya Jalur Van Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil nyalaan solar (solar flares) yang kerap terjadi di matahari akan menghancurkan semua kehidupan dalam dunia.

Dr Hugh Ross menyatakan hal ini mengenai kepentingan jalur Van Allen kepada kehidupan;

Sebenarnya, bumi mempunyai kepadatan paling tinggi berbanding sebarang planet dalam sistem solar kita. Teras besar nikal-besi ini bertanggungjawab untuk medan magnet gergasi kita. Medan magnet ini menghasilkan perisai radiasi Van Allen yang melindungi bumi dari pengeboman radiasi. Sekiranya perisai ini tidak wujud, kehidupan tidak mungkin berada di bumi. Satu-satunya planet berbatu yang mempunyai medan magnet ialah Utarid- tetapi kekuatan medannya 100 kali lebih kecil berbanding medan magnet bumi, bahkan Zuhrah, saudara planet kita, tidak mempunyai sebarang medan magnet. Perisai radiasi Van Allen adalah satu rekaan yang unik kepada bumi.

Tenaga yang dipancarkan dari salah satu pembakaran yang dikesan baru-baru ini telah dikira dan dipastikan adalah bersamaan dengan 100 juta kali ganda bom atom yang digugurkan di Hiroshima!!. 58 jam selepas letupan ini, jarum kompas magnetik diperhatikan menunjukkan pergerakan yang luar biasa dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi, suhu jatuh mendadak kepada 2500 darjah selsius.

Ringkasnya, sebuah sistem yang sempurna sedang bekerja di luar permukaan bumi. Ia mengelilingi dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar. Saintis hanya menyedari hal ini beberapa tahun lalu. Tetapi Tuhan telah menerangkan kepada kita dalam Al-Qur'an mengenai atmosfera bumi yang berfungsi sebagai perisai pelindung 14 abad lalu.

ORBIT


Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah al-Anbiya; 33)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.

Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat;7)

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.
Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.

PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI




Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat.

"dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)

Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit yang bermaksud 'dikumpul bersama, dicampur' dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa 'Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.

Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur'an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.

PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA


Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.
 (Surah az-Dzariyat;47)

Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.

Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.

Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.

Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.