Saturday 28 January 2012

Ku Ingin Mencari Sinar Abadi



Hidupku penuh dengan pelbagai dugaan . Lahir aku kedunia disambut dengan laungan azan dari seorang bapa yang amat mengharapkan anaknya ini menjadi seorang yang berguna .Aku diasuh dengan berbagai ilmu sama ada ilmu dunia atau ilmu akhirat . Sepanjang kedewasaan ku ini tidak pernah ku merasa kesusahan yang dialami ibu bapaku dalam membesarkan aku.
              Setelah aku meningkat remaja keluargaku dilanda dengan pelbagai dugaan dan cabaran . Ayahku tidak lagi seperti dahulu . Tidak lagi selalu ada dirumah , berbual-bual dengan ku ataupun makan bersama-sama ahli keluarga yang lain . Aku menganggap bahawa ayahku ini sibuk mencari nafkah untuk menyempurnakan hidup aku dan adik-beradik aku . Tetapi perkara diluar kotak fikiran ku telah berlaku . Semasa ayahku telah pergi keluar negara atas urusan pekerjaan , aku telah mendapat satu berita bahawa ayahku telah melaksanakan perkahwinan dengan seorang wanita dari indonesia .                                                                Ibuku telah bertanyakan hal itu kepadanya dan bermulalah saat-saat indah dan harmoni dalam keluargaku ditarik satu persatu . Ibu bapaku sering bertikam lidah dan membahaskan perkara ini walaupun di hadapan anak-anak mereka. Kehidupanku selepas itu menjadi semakin rumit. Ibuku telah melarikan diri ke rumah nenekku dengan harapan bahawa ayahku akan berubah. Sementara itu, aku terpaksa tinggal bersama ayahku. Di sinilah aku sedar betapa pentingnya kasih sayang seorang ibu. Ayahku telah berkerja sebagai seorang pegawai keselamatan dan gajinya ialah RM seribu ke atas. Beribu persoalan yang bermain di mindaku. Mengapa aku terasa sangat pedih apabila tinggal bersamanya. Makanku tidak dijaga dengan rapi dan apabila aku meminta wang untuk membeli alatan persekolahan, alasannya ialah tidak mempunyai duit. Dalam hatiku terfikir kemanakah gajinya digunakan?                                                                                                                     Pada suatu hari, sedang aku asyik bermain dengan telefon bimbitnya, aku telah mendapat satu pesanan daripada seorang wanita yang tidakku kenali yang menyatakan bahawa dia ingin bejumpa dengan ayahku di sebuah hotel. Akhirnya, kebenaran telah dapat disingkap. Ayahku  sebenarnya suka bermain perempuan. Ramadhan pada tahun seterusnya memberikan impak besar dalam hidupku. Ayahku tidak pulang ke rumah untuk bersama-sama sahur dan hanya pulang ke rumah pada waktu pagi. Pernah sekali aku terpaksa menahan lapar dan dahaga dengan hanya berbekalkan segelas air kosong. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk tinggal bersama ibuku. Kehidupan bersama ibuku lebih baik berbanding dengan hidup bersama ayahku. Tetapi sesuatu perkara yang membimbangkan aku adalah kesihatan ibuku. Ibuku sering mengadu kepadaku bahawa dia sering mengalami masalah kesihatan ketika bekerja. Hati anak mana yang tidak tersentuh apabila melihat begitu payahnya ibuku ketika bersolat ditambah dengan sakit lutut yang dihadapinya. Dari situlah bermulanya pengembaraan ku mencari hidayah Allah untuk membantu ibuku . Siapakah yang boleh membantuku mencari sinar yang aku harapkan ini ?

Muhammad Shafiq Azamudin - 11/12-

No comments:

Post a Comment