Thursday 26 January 2012

Bicara "Hablum Minannas"



Pengalaman seorang teman:

Sebagai seorang manusia, kita sering merasakan perlunya kepada beberapa keperluan untuk meneruskan kehidupan, seperti kejayaan mendapat segulung ijazah, kereta, kerja, rumah dan juga perkahwinan.Tetapi adakah semua mustahil untuk kita capai? Tak mungkin dan tak mungkin sekali. Kebanyakan rakan-rakan kita telah memiliki semua itu. Bahkan orang lain juga. Ada cara senang untuk dapatkannya ada cara yang susah. Apa yang penting ialah tetap dapat.Tetapi adakah kita ada bercita-cita untuk mendapat sebuah masyarakat yang baik? sudah pasti semua orang inginkan kepada sebuah masyarakat yang baik bermula dari ahli dalam rumah hinggalah kepada ketua negara.
Semua ingin begitukan?
Itulah perjuangan yang paling sukar sebenarnya iaitu merubah masyarakat. Bukan untuk mendapatkan segulung ijazah bagi seorang penuntut di universiti atau berjaya ketika peperiksaan itu yang susah. Bukan untuk mendapatkan sebuah kereta itu adalah suatu yang susah.Tetapi apa yang lebih susah adalah selepas mendapat pendidikan di universiti adalah ingin menaburkan jasa kepada masyarakat sehinggalah keadaan masyarakat itu merubah.Biarpun ia tidak mustahil, tetapi tidak semua orang boleh dikatakan berjaya dalam hal ini.Ustaz cara ustaznya. Doktor cara doktornya. Terpulang kepada cara masing-masing untuk merubah masyarakat berdasarkan kepakaran yang ada.
Renung-renungkan dan selamat beramal .


Muhammad Farid Kamisan - 11/12

No comments:

Post a Comment